Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di NZ dijangka lebih buruk

    WELLINGTON, 23 Julai – Rantau New Zealand yang dilanda banjir diingatkan supaya menjangka cuaca yang lebih buruk hari ini selepas satu banjir memaksa arahan pemindahan dan kecemasan di sebahagian kawasan di South Island.

    Tentera dikerah untuk membantu apabila beberapa bandar mengalami hujan tiga kali lebih banyak dalam masa dua hari sahaja, mencecah 250 milimeter berhampiran Dunedin.

    Tebing sungai pecah dan runtuhan tanah menutup jalan raya utama, dengan keadaan sejuk menimbulkan keadaan yang berbahaya untuk krew pembersihan. Keadaan darurat diisytiharkan di Christchurch dan Dunedin, dengan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengelak perjalanan yang tidak penting.

    “Kami tidak memerlukan orang yang tercengang-cengang, ia tidak akan membantu sesiapa dan ia hanya akan menyusahkan orang,” kata datuk bandar Dunedin David Cull.

    Anggota penyelamat ketika berjalan melalui jalan-jalan yang dilanda banjir untuk memindahkan pemilik rumah di Christchurch, New Zealand pada 22 Julai 2017. – AP
    Anggota penyelamat ketika berjalan melalui jalan-jalan yang dilanda banjir untuk memindahkan pemilik rumah di Christchurch, New Zealand pada 22 Julai 2017. – AP

    Kira-kira 200 rumah dikosongkan di sekitar Dunedin, dengan Cull berkata ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum sesetengah penduduk boleh pulang.

    Di Christchurch, pihak berkuasa mengingatkan lebih banyak banjir mungkin berlaku ketika air pasang lewat petang hari ini.

    Pasukan Pertahanan New Zealand menghantar kira-kira 140 tentera untuk membantu, meletak beg pasir di kawasan yang mudah terjejas dan menggunakan trak untuk sampai ke pemandu yang terkandas.

    Biro ramalan MetService berkata cuaca lebih teruk dijangka melanda South Island pada minggu ini, dengan hujan lebat di pantai barat mulai esok. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda