Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Banjir di Sabah pulih sepenuhnya

    KOTA KINABALU, 4 NOV – Banjir di Sabah pulih sepenuhnya dan semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan 63 orang daripada 18 keluarga di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort dibenarkan pulang kira-kira 2 petang.

    “Penutupan PPS dibuat setelah lokasi terjejas pulih sepenuhnya. Hujan sekejap-sekejap dilaporkan di beberapa kawasan negeri ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...