Banjir di utara, tengah Sarawak

KUCHING, 13 SEPT – Beberapa kawasan di bahagian utara dan tengah Sarawak hari ini dilanda banjir berikutan kenaikan paras air sungai akibat hujan berterusan di kawasan hulunya, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman.

Beliau berkata kawasan yang terlibat adalah daerah Baram dan Lawas serta daerah Kapit dan Song di bahagian tengah, namun belum ada mangsa di-pindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat ini.

“Kita akan membuat pemantauan berterusan dan nasihat kita kepada penduduk agar sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan persekitaran,” katanya. – Bernama