Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir jejaskan hampir 1,900 di Quebec

    MONTREAL, 8 Mei – Banjir disebabkan turunan hujan tanpa henti memaksa hampir 1,900 orang keluar dari rumah mereka dalam 126 perbandaran di wilayah Quebec, Kanada, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Tentera Kanada dalam satu kenyataan mengatakan kira-kira 800 lagi askar tambahan dikerahkan di Quebec semalam, menyertai lebih daripada 400 tentera yang sudah pun membantu dalam usaha banjir di wilayah itu. Ontario juga dibanjiri air.

    Salah sebuah bandar paling teruk terjejas ialah Rigaud, barat Montreal. Datuk Bandar Hans Gruenwald Jr. mengatakan pemindahan adalah mandatori di beberapa kawasan dan anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi dari pintu ke pintu untuk memastikan orang ramai keluar dari kediaman mereka.

    Montreal menjadi bandar terbaru Quebec yang mengisytiharkan darurat selepas tiga empangannya melimpah di kawasan perbandaran Pierrefonds-Roxoboro, di hujung utara bandar Rivieres des Prairies.

    Datuk Bandar Montreal Denis Coderre mengatakan 220 orang dipindahkan dari kediaman mereka. Menurutnya, pegawai bersedia untuk memindahkan orang ramai dari rumah mereka jika mereka enggan mematuhi arahan pemindahan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda