Banjir kilat di Indonesia ragut lapan jiwa

MALANG, INDONESIA, 5 NOV – Para penyelamat Indonesia hari ini bertungkus-lumus mencari mangsa yang hanyut selepas banjir kilat melanda pulau Jawa yang membunuh lapan individu.

Hujan lebat kelmarin menyebabkan banjir kilat di Malang dan bandar Batu, kediaman dipenuhi lumpur dan air deras memusnahkan beberapa jambatan.

Enam individu ditarik keluar dari longgokan sisa yang dibawa air banjir manakala, penyelamat menemui enam mayat di Batu dan dua lagi mangsa di Malang. Hari ini, pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang masih hilang di Batu, menurut agensi mitigasi bencana Indonesia. – AFP

Para penyelamat mencari mangsa dalam sisa lumpur susulan banjir kilat. – AFP