Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Banjir kilat kejutkan penduduk di kawasan perumahan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Hujan berpanjangan di negara ini telah mengakibatkan sebahagian kawasan mengalami banjir kilat termasuklah di kawasan perumahan, antaranya di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Mengkubau.

    Kejadian banjir kilat di kawasan perumahan tersebut mengejutkan beberapa penduduk apabila air naik dan membanjiri rumah mereka secara mendadak.

    Salah seorang penduduk yang enggan dikenali, mengatakan pelbagai harta benda mereka turut mengalami kerosakan termasuklah perkakas dan barangan elektrik yang gagal diselamatkan disebabkan paras air meningkat dalam masa yang singkat.

    Menurutnya lagi, seisi rumah mereka terpaksa bekerja keras menyelamatkan harta benda yang ada dengan membawa naik segala perabot ke tingkat atas rumah.

    Meskipun pasrah dengan ketentuanNya, beliau turut berharap mendapat bantuan serba sedikit bagi mengelak air banjir masuk ke dalam rumah dengan cepat.

    Beliau juga berharap longkang sedia ada di kawasan perumahan mereka dapat dibesarkan lagi bagi menampung kelancaran aliran air terutama semasa waktu hujan lebat.

    Menurut beberapa lagi penduduk lain, kawasan tersebut sering mengalami banjir sejak mereka mula berpindah ke sana.

    Kejadian banjir kilat itu telah berlaku dua kali dalam seminggu sehingga menjejaskan waktu persekolahan anak-anak mereka yang turut membantu membersihkan dalam dan luar rumah akibat kekotoran yang dibawakan air banjir.

    Air membanjiri rumah salah seorang penduduk di kawasan RPN Mengkubau, baru-baru ini.
    Air banjir dilihat memasuki rumah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...