Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Banjir kilat ragut 38 nyawa

    RIO DE JANEIRO, 16 FEB – Kira-kira 38 maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di sebuah bandar pelancongan di kawasan pergunungan Petropolis, semalam.

    Ribut kuat semalam menurunkan hujan 10 inci di bandar dalam masa tiga jam, hampir bersamaan dengan kesemua turunan hujan daripada bulan sebelumnya, kata pejabat datuk bandar di bandar utara Rio de Janeiro.

    Dewan Bandaraya mengisytiharkan ‘situasi bencana’, manakala gambar tular dalam media sosial memaparkan banyak rumah musnah dan kenderaan dihanyutkan arus deras banjir.

    Selain itu, banyak kedai ditenggelami sepenuhnya oleh air banjir yang terus naik di jalanan seluruh bandar bersejarah berkenaan.

    Pihak berkuasa memaklumkan bahawa hujan paling lebat sudah berlalu, namun hujan pada kadar sederhana dijangka berterusan untuk tempoh beberapa jam lagi.

    Presiden, Jair Bolsonaro yang dalam rangka lawatan rasmi ke Rusia, dalam kenyataan melalui Twitter berkata pihaknya memantau perkembangan tragedi itu, selain mengarahkan para menteri untuk menyediakan bantuan segera kepada mangsa. – AFP

    Penduduk mencari mangsa di kawasan yang terjejas oleh runtuhan tanah di Petropolis, Brazil kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...