Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Banjir: Lebih 22,000 mangsa masih di PPS

    KUALA LUMPUR, 2 MAC – Seramai 22,709 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu masih ditempatkan di 86 pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini. 

    Di Terengganu, setakat 8 malam, seramai 14,753 orang daripada 3,829 keluarga berada 65 PPS berbanding 16,183 orang daripada 4,223 keluarga pada 2 petang. 

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan Kemaman merekodkan mangsa teramai iaitu 6,885 orang diikuti Hulu Terengganu (4,560), Dungun (2,517), Kuala Nerus (386), Kuala Terengganu (398) dan Setiu (tujuh).

    Pegawai Daerah Kemaman Ahmad Farhan Abdul Wahab ketika dihubungi berkata walaupun cuaca di daerah itu bertambah baik dan panas terik sepanjang hari ini, terdapat beberapa lokasi seperti Kampung Pulau Tempurung dan Bandar Baru Bukit Mentok masih mengalami banjir termenung.

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan tiada sungai melepasi paras bahaya setakat ini.

    Di Kelantan, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 7,956 orang berbanding 8,806 orang tengah hari tadi dengan kesemuanya ditempatkan di 21 PPS di Pasir Mas dan Tumpat.

    JPS juga melaporkan semua sungai utama di negeri itu berada pada paras biasa. – Bernama

    Penduduk giat melakukan kerja-kerja pembersihkan dan membuang kelengkapan rumah yang musnah selepas rumah mereka ditenggelami banjir semasa tinjauan di Kampung Gemuruh, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...