Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Banjir: Lebih RM125 juta bantuan telah disalur

    KUALA LUMPUR, 20 JAN – Sejumlah RM125.504 juta telah disalurkan kepada negeri-negeri yang terjejas banjir bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah sehingga semalam.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi mangsa-mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS), prestasi pengagihan adalah 97.3 peratus daripada bilangan ketua isi rumah yang layak bagi gelombang pertama banjir meliputi lapan negeri.

    “Prestasi pengagihan ba-gi gelombang kedua pula adalah 57.3 peratus meliputi negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sabah dan Johor,” katanya ketika sesi penerangan berkenaan situasi bencana banjir penghujung 2021 pada persidangan khas Parlimen hari ini.

    Menurutnya bagi mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS, prestasi pengagihan adalah 50.8 peratus.

    Beliau berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pula telah menyalurkan RM25 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) menggunakan tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi pengagihan Bantuan Pembelian Keperluan Asas (BPKA) kepada ketua isi rumah yang layak.

    Ismail Sabri berkata kerajaan telah mengumumkan bantuan Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir kali ini.

    “Jumlah ini adalah bantuan secara terus oleh kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan. Selain daripada jumlah ini, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan bagi pembaikan infrastruktur, kerosakan dan sebagainya yang jauh melebihi nilai tersebut,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...