Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Banjir Malaysia: Kerugian cecah RM6.5 bilion

    SEPANG, 17 JAN – Penilaian impak disebabkan banjir yang berlaku di 50 daerah di Malaysia pada bulan lepas (Disember) menganggarkan kerugian yang dialami adalah antara RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion, demikian menurut dapatan awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata daripada jumlah itu, kerugian melibatkan aset awam dan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan adalah yang tertinggi iaitu RM2 bilion.

    Kerugian lain meliputi kerosakan tempat kediaman antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion; kenderaan RM1 bilion hingga RM1.3 bilion; pembuatan (RM800 juta hingga RM1 bilion); premis perniagaan (RM500 juta hingga RM600 juta); dan pertanian (RM40.9 juta hingga RM49.9 juta).

    “Ini anggaran, saya minta DOSM untuk memurnikan angka-angka ini. Ini adalah tugas perangkaan iaitu buat anggaran, maka dari segi bantuan kami cuba sesuaikan dengan jumlah kehilangan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan pelaksanaan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/ BA) 2022 di sini hari ini.

    Mengenai HIES/ BA 2022 itu, Mustapa berkata survei berkenaan dilaksanakan secara temu ramah bersemuka melibatkan kira-kira 93,000 isi rumah atau 500,000 penduduk di seluruh negara, bermula pada Januari hingga Disember nanti. – Bernama

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed melawat pameran Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 di Salak Tinggi, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...