Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Banjir: Nenek nekad bawa peti sejuk, mesin basuh ke PPS

    SEGAMAT, 26 JAN – Seorang warga emas nekad membawa perkakas rumah termasuk peti sejuk dan mesin basuh ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Komuniti Kampung Tasek, Gemereh di sini setelah rumahnya dilanda banjir.

    Khatijah Othman, 75, ingin menyelamatkan peralatan berkenaan setelah kediamannya di Kampung Seberang Batu Badak sering dilanda banjir iaitu pada Januari, November dan Disember tahun lepas, manakala kejadian kali ini yang pertama berlaku bagi tahun ini.

    Selain peralatan itu, beberapa bungkusan plastik hitam turut dibawa Khatijah yang dimuatkan di belakang lori dipandu anaknya, dan setelah sampai di PPS berkenaan Khatijah berkeras mahu semua barangnya diletakkan di pusat pemindahan itu.

    Bagaimanapun, atas faktor ruang dewan yang terhad dan lebih ramai mangsa dijangka datang berlindung di situ, permintaannya ditolak baik petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang bertanggungjawab mengawal PPS berkenaan.

    Bercakap kepada Bernama, cucunya Siti Balqis Abdullah, 16, “Tahun lepas nenek tidak bawa apa-apa ketika datang ke PPS. Disebabkan itu, habis barang-barangnya rosak,” katanya.

    Melihat barang-barangnya tiada di situ, Khatijah kerap bertanya kepada Siti Balqis keberadaan harta bendanya dan menjelaskan barang neneknya itu tak hilang, ianya ada dalam simpanan pak cik (bapa saudara) dekat rumah bos pak ciknya. – Bernama

    Penduduk Kampung Tenang mencuci kediaman mereka selepas dinaiki air susulan banjir yang melanda beberapa tempat sekitar negeri Johor ketika tinjauan hari ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...