Banjir paksa ratusan pindah di Kalimantan

JAKARTA, 5 OKT – Hujan lebat yang membanjir daerah Paser di Kalimantan, Indonesia sejak Isnin, memaksa beratus-ratus penduduk meninggalkan rumah mereka yang ditenggelami air, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, pemangku jurucakap agensi itu, Abdul Muhari mengatakan banjir berlaku selepas dua batang sungai, Kandilo dan Sakerau, melimpahi tebingnya dan menenggelamkan kira-kira 230 rumah setinggi 100 sentimeter sehingga 150 sentimeter.

Lebih daripada 450 orang tempatan dipaksa berlindung daripada bencana itu, kata Muhari, menambah bahawa pihak berkuasa tempatan pada masa ini sedang menghantar bantuan ke kawasan terjejas banjir.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) meramalkan turunan hujan lebat dengan petir dan angin kencang yang dijangka membadai wilayah Kalimantan Timur sehingga Isnin minggu depan. – Xinhua