HYDERABAD, INDIA, 15 OKT – Kira-kira 30 orang telah terkorban akibat hujan lebat mendadak dan banjir di selatan India, kata para pegawai hari ini.
Di bandar Hyderabad, lokasi bagi syarikat-syarikat teknologi maklumat, sembilan orang terbunuh apabila tembok menghempap mereka manakala 10 yang lain maut akibat renjatan elektrik dan mati lemas, pegawai tempatan memberitahu AFP.
Imej-imej dramatik menunjukkan kereta-kereta dihanyutkan oleh air deras, jambatan ditenggelami oleh sungai melimpah dan trak-trak terkandas di jalan-jalan yang dibanjiri kelmarin.
Lapan sekeluarga yang berdiri di balkoni mereka untuk melihat hujan, juga dihanyutkan akibat banjir mendadak di Hyderabad.
Dua daripada mereka ditemui mati dan pencarian masih dijalankan ke atas enam yang lain, lapor Times of India. – AFP