Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Banjir ragut 31 jiwa

    ISLAMABAD, 15 OGOS – Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di utara Afghanistan, mengorbankan kira-kira 31 orang dan menyebabkan puluhan lagi hilang, lapor agensi berita Taliban semalam.

    Agensi Berita Bakhtar berkata, banjir berlaku pada Ahad di utara wilayah Parwan, dengan wanita dan kanak-kanak antara yang maut, manakala 17 lagi dilaporkan cedera.

    Laporan itu turut mengatakan, sehingga kini sekurang-kurangnya 100 orang masih hilang, dengan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

    Banjir kilat juga menghanyutkan puluhan rumah di tiga daerah terjejas di Parwan, wilayah yang dikelilingi pergunungan dan lebih kerap menyaksikan banjir akibat hujan lebat. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...