Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Banjir ragut empat nyawa kanak-kanak di Ivory Coast

ABIDJAN, 21 JUN – Empat kanak-kanak maut selepas hujan lebat semalaman menyebabkan banjir di ibu kota ekonomi Ivory Coast, Abidjan, kata perkhidmatan kecemasan kelmarin.

Kira-kira 30 orang terpaksa diselamatkan dan seorang dibawa ke hospital, kata pasukan bomba dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam media sosial.

“Kami telah dipindahkan sejak 3 pagi di beberapa buah kawasan banjir. Jumlah korban sementara ialah empat orang mangsa (kanak-kanak) yang maut,” kata mereka, sambil menambah operasi menyelamat mangsa banjir kini masih diteruskan.

Sementara itu, hujan lebat turun sepanjang malam, membanjiri banyak kawasan kejiranan Abidjan dan menyebabkan beberapa buah jalan utama tidak dapat digunakan.

Berikutan itu, penduduk menyiarkan imej dalam media sosial yang menunjukkan tahap banjir di rumah atau kawasan kejiranan mereka sambil meminta bantuan.

Pada minggu lalu, enam orang telah maut selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh di kawasan kejiranan barat bandar Mossikro.

Selain itu, tanah runtuh semasa musim hujan juga adalah risiko yang ditakuti di Abidjan, sebuah bandar yang berkembang pesat dengan lima juta orang penduduk.

Sebagai rekod, kemalangan sebelum ini telah meragut 18 nyawa pada Jun 2018 dan 13 pada Jun 2020. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -