Banjir ragut puluhan jiwa

COLOMBO, SRI LANKA, 10 NOV – Kira-kira 16 orang maut akibat banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka susulan lebih seminggu hujan lebat, kata para pegawai hari ini.

Pusat pengurusan bencana berkata lebih 5,000 orang telah dipindahkan dari rumah mereka dan berlindung di rumah saudara atau pusat bantuan milik kerajaan.

Kebanyakan mangsa terkorban akibat mati lemas dan dipancar kilat dengan seorang dilaporkan hilang.

Bulan Oktober dan November biasanya musim monsun di Sri Lanka, bagaimanapun turun hujan lebih tinggi daripada biasa telah dilaporkan di beberapa bahagian di negara itu tahun ini. – AP