Banjir ragut tiga nyawa di Ukraine

KIEV, 24 JUN – Tiga orang maut dan ratusan lagi melarikan diri dari rumah mereka di barat Ukraine berikutan banjir paling teruk dalam satu dekad, kata pihak berkuasa hari ini.

Banjir berpunca daripada hujan lebat yang bermula pada minggu ini melanda 200 kampung, merosakkan 5,000 rumah dan memaksa 800 penduduk berpindah, kata kementerian dalam negeri.

Kawasan paling teruk terjejas adalah Ivano-Frankivsk di sempadan Romania.

Kira-kira 70 peratus daripada hujan bulanan yang turun di beberapa kawasan merosot dalam beberapa hari, kata Menteri Dalam negeri Arsen Avakov, yang berlepas ke zon bencana bersama perdana menteri dan ketua perkhidmatan kecemasan.

Jalan raya sepanjang lebih 100 kilometer dan kira-kira 90 jambatan telah dimusnahkan, kata kementerian dalam negeri hari ini. – AFP