Banjir, sekolah masih ditutup
MIRI, 3 Jan – Dua buah sekolah rendah di Sarawak masih tidak dapat meneruskan sesi persekolahan yang memasuki hari kedua hari ini berikutan banjir. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), dua sekolah berkenaan yang ditutup sejak semalam ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambop di Belaga dan SK Rumah Essau di Subis melibatkan 213 murid


































