SINGAPURA, 21 DIS – Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan mengutus surat kepada rakan sejawatannya Datuk Seri Saifuddin Abdullah untuk mengucapkan takziah berikutan bencana banjir yang melanda Malaysia.
“Saya sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda akibat banjir di beberapa negeri di Malaysia.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia yang terjejas mata pencarian mereka,” katanya dalam surat itu.
Balakrishnan berkata Singapura “bersolidariti dengan Malaysia pada masa sukar ini.”
“Saya yakin rakyat Malaysia mampu mengharungi krisis ini dengan kekuatan dan ketabahan,” katanya. – Bernama