Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Banjir Sudan ragut 66 jiwa, 24,000 rumah musnah

    KAHERAH, 16 OGOS – Banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan memusnahkan rumah pada Selasa sejak bermula musim tengkujuh, menyebabkan jumlah yang maut meningkat kepada 66

    Pihak berkuasa mengesahkan 50 maut awal minggu lalu, kata jurucakap Majlis Kebangsaan Pertahanan Awam Sudan, Brigadier Jeneral Abdul-Jalil Abdul-Rahim. Beliau menambah sekurang-kurangnya 28 cedera dalam tragedi banjir kilat itu.

    Sementara itu, kira-kira 24,000 rumah dan puluhan bangunan kerajaan rosak teruk atau musnah.

    Setakat ini, seramai 136,000 rakyat Sudan terkesan akibat hujan lebat dan banjir tersebut di 12 daripada 18 wilayah, menurut laporan daripada Suruhanjaya Bantuan Kemanusiaan.

    Sementara itu, Penyelarasan Pengurusan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata 238 fasiliti kesihatan awam ditenggelami air. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...