Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Banjir terburuk di beberapa Wilayah Thailand

    CHAIYAPHUM, THAILAND, 3 OKT – Banjir yang melanda wilayah timur laut Chaiyaphum di Thailand disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.

    Gabenornya, Sophon Suwannarat mengisytiharkan empat daripada 16 daerah – iaitu daerah Kaset Sombun, Khon Sawan, Khon San dan Muang sebagai zon bencana, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

    Dewan bandar raya dan kawasan perniagaan di 25 bahagian ditenggelami air manakala paras air dilaporkan terus meningkat.

    Penduduk tempatan turut dijangkit penyakit Athelete’s Foot dan penyakit kulit, dan meminta pihak berkuasa menyalurkan bantuan perubatan.

    Banjir juga melanda Chiang Mai, pusat pelancongan di utara dan Sukhothai, sebuah ibu kota kuno dan tapak arkeologi yang menarik ramai pengunjung.

    Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana melaporkan banjir telah menjejaskan sekurang-kurangnya 45,000 kediaman di 35 wilayah.

    Pegawai juga mengeluarkan amaran banjir kepada penduduk ketika beberapa sungai di utara, timur laut dan tengah melimpahi tebingnya.

    Di Ubon Ratchathani, lebih 7,000 orang dipindahkan ke 60 buah tempat perlindungan selepas Sungai Moon melimpahi tebingnya, ketika penyelamat meredah air banjir setinggi pinggang untuk membantu memindahkan mangsa. – Bernama/AP

    Penduduk meredah banjir di wilayah Ubon Ractchathani, timur laut Thailand, 3 Okt. Hujan lebat di utara, timur laut dan tengah Thailand telah mengakibatkan banjir teruk, dengan beberapa kawasan mengalami banjir terburuk dalam 50 tahun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...