YANGON, 2 OGOS – Lebih 1,700 sekolah di sembilan wilayah dan negeri di seluruh Myanmar ditutup buat sementara waktu akibat banjir teruk, kata
Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar kelmarin.
Banjir itu berpunca daripada peningkatan paras air sungai Ayeyarwady dan Chindwin, kata pasukan maklumat itu.
Bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran, hari-hari persekolahan yang terlepas akan ditebus pada hari cuti apabila air surut.
Selain itu, 1,120 buah sekolah telah rosak akibat bencana alam di seluruh negara, kata kenyataan itu. – Xinhua