Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bank AS gesa kerajaan lindungi deposit pelanggan

    SAN FRANCISCO, 19 MAC – Gabungan bank-bank Amerika Syarikat (AS) telah meminta badan pengawal selia persekutuan untuk menjamin kesemua deposit pelanggan mereka selama dua tahun, walaupun melebihi had biasa AS$250,000, untuk mengelak kesan sampingan selepas kemuflisan Bank Silicon Valley, menurut laporan Bloomberg semalam.

    Langkah itu akan ‘menghentikan pemindahan deposit daripada bank lebih kecil, menstabilkan sektor perbankan dan mengurangkan peluang kemuflisan lebih banyak bank,’ kata Gabungan Bank Saiz Sederhana Amerika (MBCA) dalam sepucuk surat kepada pihak berkuasa, menurut laporan.

    Keruntuhan Bank Silicon Valley (SVB) dan Bank Signature baru-baru ini telah mencetuskan krisis keyakinan dalam industri itu.

    Ramai pelanggan bank telah mengeluarkan wang mereka dan menyimpannya dalam institusi lebih besar, seperti JPMorgan Chase atau Bank Amerika, yang dianggap terlalu besar untuk dikecualikan daripada jaminan kerajaan sekiranya berdepan kemuflisan.

    Buat masa sekarang di AS, deposit dilindungi oleh badan pengawal selia perbankan, Perbadanan Jaminan Deposit Persekutuan (FDIC), sehingga AS$250,000.

    “Meskipun keadaan dan keselamatan keseluruhan industri perbankan, keyakinan telah terhakis dalam semua bank kecuali bank terbesar,” kata gabungan, menurut Bloomberg.

    Kumpulan bank sedang menyarankan untuk membiayai langkah ini dengan menambah jumlah sumbangan yang telah pun dibayar mereka kepada FDIC untuk menjamin deposit. – AFP

    Orang ramai melihat papan tanda di luar pintu masuk ke Bank Silicon Valley di Santa Clara, California pada 10 Mac 2023.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...