Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Bank ASEAN berkembang, hadapi cabaran nyahkarbon pinjaman

    KUALA LUMPUR, 21 MAC – Bank-bank Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengharungi laluan mencabar di tengah-tengah tekanan daripada pelabur, pengawal selia dan kuasa sosial untuk menyahkarbon buku pinjaman mereka dan memenuhi sasaran pelepasan sifar bersih peringkat negara yang melangkaui 2050, kata Moody’s Investors Service.

    Naib Presiden Kanan, Alka Anbarasu berkata pendedahan berkaitan risiko iklim oleh syarikat-syarikat yang berbeza, menyukarkan bank menilai risiko iklim untuk pelanggan korporat mereka.

    Di seluruh ASEAN, antara 15 peratus dan 30 peratus pinjaman sistem perbankan disediakan untuk industri berintensifkan karbon yang mempunyai risiko peralihan karbon yang tinggi seperti penjanaan kuasa arang batu, perlombongan arang batu serta minyak dan gas, kata Moody’s dalam satu kenyataan.

    Setakat ini, hanya beberapa bank besar di Singapura, Malaysia dan Filipina memiliki dasar yang jelas untuk mengelak daripada membiayai loji janakuasa arang batu baharu, kata kenyataan itu, berdasarkan penemuan dalam perbincangan meja bulat yang dihoskan bersama Moody’s dengan Institut Kewangan Antarabangsa bertemakan ‘Memajukan matlamat sifar bersih: Pandangan ASEAN.’

    Moody’s menyatakan bahawa negara dan syarikat korporat dalam ASEAN sendiri berada pada tahap kesediaan yang berbeza-beza bagi memenuhi sasaran pengecualian karbon mereka dan walaupun mereka mencapai kemajuan, data dan pendedahan yang tidak mencukupi menimbulkan cabaran kepada bank untuk memasukkan risiko iklim dalam pengunderaitan pinjaman.Kajian itu juga menyatakan bahawa bank sendiri membuat kemajuan yang perlahan dalam mendedahkan risiko iklim.

    Kajian Moody terhadap 28 bank besar di AS, Eropah dan Asia pada 2021 mendapati bahawa hanya 21 peratus melaporkan pelepasan karbon yang dibiayai melalui pinjaman dan pelaburan mereka, dengan sangat sedikit yang mendedahkan bagaimana perubahan iklim boleh menjejaskan keuntungan mereka, selain daripada hasil yang mereka jangkakan untuk menjana daripada membangunkan produk hijau.

    Peralihan kepada ekonomi rendah karbon akan mewujudkan peluang pembiayaan yang luas kepada bank kerana ia memerlukan pelaburan material dalam infrastruktur dan teknologi.

    Di ASEAN khususnya, pembangunan ekonomi mampan yang memerlukan perlindungan biodiversiti akan memerlukan pelaburan yang besar daripada sektor awam dan swasta.

    Walau bagaimanapun, penawaran adalah terhad bagi bon hijau dan yang berkaitan kemampanan disebabkan kekurangan taksonomi standard adalah merupakan cabaran bagi pelabur-pelabur institusi.

    “Bon hijau dan berkaitan kemampanan yang diterbitkan oleh negara dan syarikat ASEAN berjumlah hanya lebih daripada AS$30 bilion pada separuh pertama 2021, manakala lebih daripada AS$190 bilion diterbitkan oleh firma China dan lebih daripada AS$490 bilion di peringkat global pada separuh pertama 2021,” kata Moody’s, yang memetik data daripada Inisiatif Bon Iklim. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...