Bank Baiduri diiktiraf Bank Runcit Domestik 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Pada majlis anugerah yang dianjurkan oleh majalah Asian Banking & Finance di Hotel Shangri-La di Singapura hari ini, Bank Baiduri diiktiraf sebagai Bank Runcit Domestik 2019 untuk Brunei untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha hadir untuk menerima anugerah pada majlis berkenaan. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan stakeholder kami atas kesetiaan dan sokongan mereka dalam beberapa tahun ini. Kami berasa bangga kerana diiktiraf oleh majalah Asian Banking & Finance sebagai Bank Runcit Domestik tahun ini untuk Brunei bagi tahun ketujuh berturut-turut.”

Bercakap mengenai usaha yang dicatat oleh bank pada tahun lalu, beliau berkata, “Divisyen perbankan runcit Bank Baiduri menjalani beberapa pembaikan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami.

Di antaranya, program pelanggan, iaitu Baiduri Prestige dan Baiduri Smart Executive, diperbaharui.

Pembaharuan melihat pengenalan kad debit Mastercard World khas untuk ahli Prestige kami – yang pertama untuk Brunei.”

Beliau mengulas lanjut bahawa peningkatan yang dibuat terhadap perbankan Internet Baiduri menawarkan lebih banyak fleksibiliti untuk pemindahan dana dan proses pendaftaran yang lebih mesra pengguna. Peningkatan juga termasuk lebih banyak produk pelaburan menerusi Baiduri Capital serta penempatan semula cawangan Seria.

“Cawangan Seria kami telah ditempatkan di premis yang lebih besar dan mesra pelanggan dan menawarkan perkhidmatan perbankan penuh serta memaparkan dekor kontemporari.

Sejak 2006, majalah Asian Banking & Finance telah mengiktiraf yang terbaik dalam industri perbankan dan kewangan di Asia. Ia menumpu pada perbankan komersial dan runcit dan pasaran sekuriti daripada perspektif perbankan.

Ketua Editor majalah Asian Banking & Finance, Tim Charlton (kanan) menyampaikan anugerah kepada Pengiran Azaleen.