WASHINGTON, 21 JAN – Bank Dunia mengumumkan hari ini ia akan memperuntukkan AS$34 juta dalam program untuk menyediakan vaksin koronavirus kepada lebih dua juta penduduk di Lubnan, yang mengalami peningkatan besar dalam kes COVID-19.
“Ia adalah operasi Bank Dunia pertama untuk membiayai pemerolehan vaksin COVID-19,” kata institusi berpangkalan di Washington dalam satu kenyataan.
Lubnan, negara yang mempunyai lebih enam juta penduduk, telah mencatat kira-kira 5,500 kes sehari sejak awal tahun, menurut Bank.
Di bawah pelan Bank Dunia, vaksin akan tiba pada awal Februari.
Ia tidak menyatakan nama makmal yang memeterai perjanjian dengan Bank tersebut.
Wang AS$34 juta diperuntukkan di bawah Projek Ketahanan Kesihatan Lubnan, dibiayai oleh Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan. – AFP





























