Bank Dunia kerjasama dengan Sabah

KOTA KINABALU, 22 OKT – Bank Dunia sedang mengkaji cara untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan Sabah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan peralihan kepada kemakmuran bersama.

Richard Record, Ahli Ekonomi Utama bagi Malaysia dalam Makroekonomi, Perdagangan dan Amalan Global Pelaburan Kumpulan Bank Dunia berkata institusi itu telah menjalin kerjasama dalam beberapa bidang di Sabah, termasuk dalam pengiriman wang dan Project Greenback 2.0 di Kota Kinabalu.

“Kami sedang mengkaji mengenai kos menjalankan perniagaan di Sabah.

“Kami ingin melakukannya dengan lebih banyak, dan mungkin melihat bagaimana kami dapat bekerjasama untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mengurangkan kemiskinan pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini hari ini. – Bernama

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Kerajaan Negeri Sabah kelmarin. – Bernama