Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bank Dunia lulus pembiayaan pendidikan Kemboja

    PHNOM PENH, 19 JAN – Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil kepada pendidikan asas, menurut badan itu dalam kenyataan akhbarnya hari ini, lapor Xinhua.

    Bank Dunia akan memberikan kredit AS$60 juta melalui Persatuan Pembangunan Antarabangsanya kepada Kemboja, kata kenyataan itu.

    Pembiayaan itu akan menyokong Projek Peningkatan Pendidikan Am selama lima tahun, yang bertujuan mewujud dan membangunkan sumber manusia untuk pembangunan masyarakat yang berasaskan pengetahuan di negara Asia Tenggara itu.

    “Kemboja sudah pun berjaya dalam memperluaskan akses kepada pendidikan, namun akses kepada pendidikan yang adil untuk kumpulan kanak-kanak tertentu, seperti mereka yang tinggal di kawasan terpencil, datang daripada keluarga miskin atau komuniti etnik minoriti, dan mereka yang hidup kurang upaya, masih perlu ditangani,” kata Pengurus Negara Bank Dunia untuk Kemboja, Maryam Salim.

    “Selain itu, pembelajaran pelajar juga banyak terjejas berikutan penutupan berpanjangan sekolah akibat pandemik COVID-19. Kami amat berharap projek itu akan menangani cabaran ini dan dibangunkan semula dengan lebih baik,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...