ISTANBUL, 8 MAC – Bank Dunia kelmarin mengumumkan pihaknya sudah meluluskan pakej bantuan bernilai AS$723 juta untuk Ukraine.
Menerusi satu kenyataan bank itu memaklumkan pakej bantuan tambahan dikenali Pembiayaan Pemulihan Kecemasan Ekonomi untuk Ukraine atau FREE Ukraine telah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Eksekutif.
“Pakej yang diluluskan terdiri pinjaman tambahan sebanyak AS$350 juta dan jaminan berjumlah AS$139 juta, dan geran sebanyak AS$134 juta dan parallel financing bernilai AS$100 juta,” lapor Agensi Anadolu.
Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata Kumpulan Bank Dunia berdiri teguh bersama-sama rakyat Ukraine dan rantau ini.
“Ini adalah langkah pertama daripada banyak langkah yang kami ambil untuk membantu menangani kesan terhadap manusia dan ekonomi akibat krisis ini,” katanya.
Konflik Rusia dan Ukraine yang bermula pada 24 Februari, telah mengundang kecaman antarabangsa selain mengakibatkan Moscow dikenakan sekatan kewangan. – Bernama