Bank Dunia peruntukan AS$490 juta bantu Madagascar

ANTANANARIVO, 21 JULAI – Bank Dunia telah memperuntukkan AS$490 juta untuk membantu Madagascar membeli vaksin COVID-19 dan membiayai projek pembangunan, umum kedua-dua pihak hari ini.

Bank akan menyediakan bantuan sebanyak 100 juta euro untuk membantu pulau Lautan Hindi itu membeli vaksin dan merangsang sistem kesihatannya, beritahu Menteri Ekonomi Richard Randriamandrato kepada AFP. Madagascar mahu memvaksinkan lebih separuh daripada populasi dewasa menjelang akhir 2022, ‘satu matlamat yang bercita-cita tinggi namun bukan mustahil,’ kata wakil tempatan Bank Dunia, Marie-Chantal Uwanyiligira.

Wang tambahan AS$40 juta, dalam bentuk geran kecemasan, akan membiayai pertanian mampan dan inovatif, terutamanya dalam penyaliran.

Bank juga telah memperuntukkan AS$150 juta untuk membantu pelancongan, perniagaan pertanian ekonomi digital, yang dilihat sebagai mempunyai potensi pertumbuhan yang cerah, dan AS$200 juta untuk menyelenggarakan 1,200 kilometer jalan raya serta memperkukuh ketahanan mereka terhadap perubahan iklim. – AFP