Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bank Dunia wujudkan dana, persiapan hadapi pandemik

    WASHINGTON, 1 JULAI – Lembaga Bank Dunia kelmarin, telah meluluskan untuk menubuhkan sebuah dana yang bertujuan untuk membiayai pelaburan dalam mengukuhkan usaha memerangi pandemik.

    Dana tersebut akan menyokong sistem pencegahan, kesiapsiagaan dan tindakan (PPR), dengan menumpukan kepada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bank tersebut.

    “Kerosakan yang menjejaskan kemanusiaan, ekonomi dan sosial akibat COVID telah menekankan bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan tindakan bagi mengukuhkan sistem kesihatan dan menggerakkan sumber tambahan,” menurut pihak tersebut.

    Selain daripada itu, Bank Dunia menambah bahawa dana tersebut, dijangka akan dibuat pada tahun ini. Pada masa ini, ia telah ditubuhkan di bawah kendalian bahagian kepimpinan Amerika Syarikat (AS), Itali dan Indonesia, sebagai sebahagian daripada kepimpinan G20, dengan sokongan daripada negara-negara G20 yang lainnya.

    Dana berkenaan akan digunakan dalam beberapa bidang, termasuk pemantauan kesihatan, dengan lebih kurang AS$1 bilion telah diperuntukkan.

    “Bank Dunia adalah pembiaya terbesar PPR dengan operasi yang dilaksanakan di lebih 100 buah negara membangun untuk mengukuhkan sistem kesihatan negara mereka,” kata Presiden Bank Dunia, David Malpass dalam satu kenyataan.

    Sementara itu, Dana Kewangan Perantaraan (FIF) akan menyediakan biaya untuk melengkapkan kerja-kerja institusi yang sedia ada bagi membantu negara atau wilayah yang mempunyai hasil pendapatan rendah dan sederhana. Ia sekali gus mempersiapkan negara menghadapi pandemik akan datang,” menurut Bank Dunia.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah pemegang saham dalam projek tersebut dan akan menyediakan pakar-pakar teknikal, kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    Dalam kenyataan lain, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen menyatakan bahawa dana tersebut adalah pencapaian terbesar yang akan membantu negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana untuk lebih bersedia menghadapi pandemik seterusnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...