KUALA LUMPUR, 16 MEI – Bank Islam Malaysia Bhd akan meneruskan Bantuan Pembayaran Semula Bersasar Dipertingkatkan (ETRA) untuk para pelanggan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah tersebut selari dengan seruan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada institusi perbankan dan kewangan untuk membantu peminjam mengikut keadaan kewangan masing-masing, berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Selaras dengan Bantuan Pembayaran Bersasar (TRA) sedia ada yang ditawarkan mengikut kelayakan pelanggan, Bank Islam kini menawarkan pelanggan di bawah bantuan moratorium, tambahan tiga bulan penangguhan ansuran pembiayaan mereka untuk mengurangkan bayaran ansuran pembiayaan mereka atau lanjutan tempoh bayaran selama enam bulan. – Bernama