Bank Jepun tambah prospek pertumbuhan

TOKYO, 21 JAN – Bank Jepun hari ini menambah prospek pertumbuhan untuk tempoh dua tahun akan datang dan mengekalkan dasar mata wangnya tatkala ia mengingatkan pandemik menyukarkan ramalan.

Bagaimanapun, untuk tahun fiskal sehingga Mac, bank pusat menjangka ekonomi mengecut 5.6 peratus berbanding anggaran penguncupan 5.5 peratus pada Oktober.

Pengumuman keluar dengan sebahagian kawasan di negara termasuk Tokyo dan Osaka dikenakan perintah darurat yang meminta kedai dan restoran ditutup awal sehingga sekurang-kurangnya awal Februari.

Sementara wabak COVID-19 masih kecil, dengan kira-kira 4,700 kematian pada keseluruhannya, terdapatnya peningkatan mendadak dalam kes pada musim sejuk ini.

Namun BoJ melihat keputusan lebih cerah dalam laporan sukunya, disiarkan selepas mesyuarat dasar dua hari.

Untuk 12 bulan hingga Mac 2022, ia menjangka pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus, dan 1.8 peratus pada tahun berikutnya. Ia dibandingkan dengan ramalan sebelumnya sebanyak 3.6 peratus dan 1.6 peratus masing-masing. – AFP