Tuesday, August 9, 2022
24.4 C
Brunei

Bank pusat India kekalkan kadar faedah

-

NEW DELHI, 8 DIS – Bank pusat India hari ini mengekalkan kadar faedah, dalam usahanya untuk memastikan dasar monetari yang mudah dapat diteruskan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi ketika pandemik. 

Gabenor Reserve Bank of India (RBI), Shaktikanta Das, berkata pemulihan yang terganggu akibat gelombang kedua COVID-19 pada awal tahun ini semakin menampakkan hasil, namun belum cukup kuat serta mampu bertahan lama.

“Ini menunjukkan pentingnya sokongan yang berterusan,” katanya. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) RBI mengekalkan kadar pinjaman atau repo pada empat  peratus dan kadar pinjaman, atau kadar repo terbalik, kekal pada 3.35 peratus.

Risiko negatif terhadap prospek ekonomi India meningkat dengan kemunculan varian Omicron dan peningkatan semula jangkitan COVID-19 di beberapa negara, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ekonomi India berdepan cabaran kesan daripada harga tenaga dan komoditi global lebih tinggi, potensi turun naik pasaran kewangan dunia berikutan “normalisasi dasar monetari yang lebih pantas” di negara maju serta rintangan dalam penawaran global yang berpanjangan. 

RBI mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 9.5 peratus bagi tahun kewangan 2021-22 berakhir 31 Mac. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -