Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bank RHB bantu pengusaha PMKS tempatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menzahirkan semangat kesukarelawan dalam kalangan kakitangannya untuk menyumbang kepada komuniti, Bank RHB Bhd telah menganjurkan acara Saturday Night Pop Up di Space by Boxr, Beribi, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank RHB, selaras dengan tema Making Progress Happen for Everyone, acara itu bertujuan untuk membantu pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini dengan memberikan mereka peluang untuk berkembang, memberigakan kesedaran terhadap produk mereka serta menggalakkan mereka untuk lebih maju di era pasca-pandemik.

    Ketua Pegawai Eksekutif RHB (Brunei), Haji Ishak Othman berkata, inisiatif kesukarelawan tahun ini sedikit berbeza.

    “Memandangkan situasi ekonomi yang masih dalam proses pemulihan pasca pandemik, sasaran kami adalah pengusaha PMKS, antara sektor yang terjejas teruk akibat pandemik tersebut,” ujarnya.

    Lebih 15 peniaga dijemput untuk berniaga pada acara tersebut termasuklah jenama-jenama pakaian tempatan, aksesori, makanan dan minuman serta perkhidmatan media dan fotografi.

    Dikelola dan ditaja sepenuhnya oleh Bank RHB Brunei, rata-rata para peniaga yang terlibat mengungkapkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menyertai acara pop-up
    berkenaan.

    Lebih 15 peniaga dijemput untuk mengetengahkan produk masing-masing pada acara yang berlangsung di Space by Boxr, Beribi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...