Bank Santander henti sokong sektor arang batu

MADRID, 23 FEB – Bank terbesar Sepanyol, Santander mengatakan hari ini bahawa ia akan berhenti menjalankan perniagaan dengan syarikat yang paling terdedah kepada perlombongan arang batu pada tahun 2030 sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meme-rangi perubahan iklim.

Santander akan meng-hentikan semua perkhidmatan mereka dengan perlombongan arang batu dan berhenti memberikan perkhidmatan kepada pelanggan penjana kuasa yang memperoleh lebih dari 10 peratus pendapatan mereka dari arang batu termal, menurut satu kenyataan.

“Perubahan iklim adalah keadaan darurat global,” kata kenyataan itu yang memetik ketua Santander, Ana Botin. – AFP