Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Bantah rancangan bina pangkalan kapal selam nuklear

    SYDNEY, 7 MEI – Lebih 1,000 orang berhimpun di Pelabuhan Kembla di New South Wales, Australia, kelmarin untuk membantah rancangan menubuhkan pangkalan bagi kapal selam berkuasa nuklear di tengah-tengah perjanjian AUKUS.

    Anggota daripada kumpulan aktivis tempatan Wollongong Against War and Nukes (WAWAN) mengibarkan sepanduk bertulis ‘Tidak pada perang, nuklear’.

    Wakil kesatuan dan ahli Parti Buruh Australia turut menyertai perhimpunan itu, sambil membawa beberapa sepanduk lain berbunyi ‘Tidak kepada AUKUS’, ‘Tidak pada kapal selam nuklear’, dan “Tidak ada tempat untuk pangkalan nuklear’.

    Penganjur acara memaklumkan mereka sedang berusaha untuk ‘menghantar mesej jelas bahawa (mereka) tidak mahu pangkalan kapal selam nuklear di sini atau di mana-mana kawasan’, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

    Media tempatan memetik ahli WAWAN Alexander Brown berkata penubuhan pangkalan sedemikian akan menghalang peralihan rantau itu ke industri tenaga boleh diperbaharui. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -