Bantahan di Tamil Nadu

NEW DELHI, 25 Mei – Keadaan di negeri selatan India, Tamil Nadu terjejas hari ini ekoran penutupan selama 12 jam yang diadakan oleh parti-parti pembangkang dalam membantah kematian 13 orang dalam tembakan polis di bandar pelabuhan, Tuticorin.

Kebanyakan jalan raya yang biasanya sibuk di beberapa bahagian besar negeri itu hampir lengang ketika sekolah-sekolah, kolej-kolej dan pejabat-pejabat ditutup dan perkhidmatan bas ditangguhkan di seluruh Tamil Nadu.

Kematian itu berlaku apabila pihak polis memilih untuk menembak bagi mengawal protes yang dilakukan oleh seramai lebih 20,000 orang yang tiba-tiba mengamuk ketika mengadakan bantahan anti pencemaran pada Selasa dan Rabu lalu, dengan menuntut penutupan kilang peleburan tembaga di Tuticorin.

Polis telah menahan seorang ketua wanita terkenal parti DMK, parti pembangkang utama negeri itu, iaitu Kanimozni, pada pagi ini apabila dia tiba di bandar negeri, Egmore, Chennai untuk mengetuai bantahan bersama dengan parti Kongres negara terhadap penembakan polis itu.

“Kanimozhi ditahan kerana cuba mengadakan bantahan aman dalam menuntut penutupan kilang peleburan tembaga,” seorang ketua DMK memberitahu media. – Xinhua