Bantahan Global Extinction Rebellion bermula di Australia

SYDNEY, 7 OKT – Puluhan pembantah telah ditangkap seluruh Australia dan New Zealand hari ini ketika aktivis Extinction Rebellion memulakan keingkaran awam global dua minggu yang menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan segera ke atas perubahan iklim.

Ratusan menyertai mogok duduk di jalan Sydney, yang polis tamatkan dengan memberkas para pembantah. Seramai 30 orang kemudian didakwa.

Sekumpulan kecil aktivis juga mengunci diri mereka pada sebuah jambatan di Brisbane, di mana polis berkata mereka telah menangkap dan mendakwa tujuh orang.

Sementara itu, penunjuk perasaan menutup sebahagian Wellington, bandar New Zealand dengan merantai diri mereka pada kereta merah jambu terang. Polis berkata 30 orang ditangkap kemudian pada hari bantahan namun tiada yang didakwa. – AFP

Aktivis Extinction Rebellion ketika mengadakan mogok duduk di jalan sibuk Sydney pada 7 Oktober. – AFP