Bantahan global: ‘Tiada planet B’

SYDNEY, 15 Mac – Ribuan anak muda mengadakan perarakan di sepanjang beberapa buah bandar di Asia hari ini, yang disertai oleh para pelajar di peringkat global dalam usaha mereka untuk menggesa para pemimpin dunia mengambil tindakan ke atas perubahan iklim.

Bilik-bilik darjah di beberapa buah ibu negara dari Lagos hingga ke London, dijangka kosong tatkala para penganjur bercita-cita tinggi dengan menyasarkan bantahan seumpamanya diadakan sehingga 100 demonstrasi di lebih 100 buah negara.

Para pelajar telah membanjiri jalan-jalan di Wellington, Sydney, Bangkok dan Hong Kong dengan membawa pelekat bertulis ‘Tiada planet B,’ ‘Anda menghancurkan masa depan kami’ dan ‘Sekiranya anda tidak berkelakuan dewasa, kami akan melakukannya.’

Abigail O’Regan, 20, yang menyertai perarakan di Wellington, memberitahu AFP: “Inilah orang-orang muda yang mengekang tampuk kuasa dan menyedarkan mereka bahawa orang ramai mempunyai kuasa, ia benar-benar hebat.”

Bantahan itu diinspirasikan oleh aktivis muda Sweden, yang berkhemah di hadapan parlimen di Stockholm tahun lalu, menggesa bagi tindakan para pemimpin dunia terhadap pemanasan global. – AFP