Bantahan iklim dunia di luar parlimen Sweden

STOCKHOLM, 25 SEPT – Aktivis remaja, Greta Thunberg kembali dengan disertai oleh rakan-rakannya mengadakan demonstrasi di luar parlimen Sweden hari ini untuk memulakan bantahan iklim dunia dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Harapan utama kami adalah seperti selalu iaitu untuk cuba memberikan kesedaran dan pandangan masyarakat agar orang ramai akan mula menjadi lebih peka,” kata re-maja berusia 17 tahun memberitahu wartawan.

Penularan koronavirus telah menghalang pergerakan Hari Jumaat untuk Masa Depan yang diinspirasikan oleh Thunberg dari mengadakan perhimpunan besar-besar dalam beberapa bulan kebelakangan.

Thunberg memulakan bantahan secara solo di luar parlimen Sweden di Stockholm pada 2 Ogos 2018. Pelajar-pelajar dari seluruh dunia kemudian mula mengikut jejaknya, mengadakan perhimpunan secara kerap, dan dia dijemput untuk memberikan ucapan kepada ahli politik dan perniagaan semasa persidangan PBB dan Forum Ekonomi Dunia yang diadakan setiap tahun di Davos.

Ucapan Thunberg yang berterus terang kepada presiden-presiden dan perdana menteri, ditambah lagi dengan fakta sains mengenai tindakan segera untuk mengurangkan pencemaran gas rumah hijau, telah mendapat pujian dan anugerah, tetapi kadangkala dikritik malah menerima ancaman bunuh.

Mereka meminta penggubal undang-undang untuk kekal dengan perjanjian iklim Paris 2015 yang mana negara-negara miskin dan kaya untuk mengambil langkah untuk membendung pe-ningkatan suhu global yang mencarikan glasier, meningkatkan paras air laut dan mengubah pola hujan. Ia memerlukan kerajaan untuk perancangan kebangsaan ketika ini untuk mengurangkan pencemaran bagi mengehadkan pe-ningkatan suhu global di bawah dua darjah Celsius. – AFP

Aktivis Greta Thunberg bersama beberapa orang pembantah ketika memprotes di luar parlimen di Stockholm. – AP