Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Bantahan pelajar lumpuhkan Dhaka

-

DHAKA, 26 NOV – Ribuan pelajar lengkap beruniform turun ke jalan raya menyertai tunjuk perasaan menuntut keadilan bagi kematian seorang rakan mereka dalam kemalangan jalan raya, kelmarin.

Mereka bukan saja bertindak menyekat jalan raya di ibu negara Bangladesh, malah berani menghampiri semua kenderaan termasuk kereta peronda polis bagi meminta pemandu menunjukkan lesen mereka.

Kehadiran ribuan pelajar beruniform itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas di sekitar daerah komersial utama Dhaka dan berhampiran kawasan parlimen.

Mereka juga berarak ke pejabat ke pejabat Datuk Bandar bagi menuntut pendakwaan terhadap pemandu lori sampah yang dituduh melanggar pelajar berkenaan.

Seorang pelajar, Sabit Arif, 18, mereka mahukan keadilan untuk mangsa kerana isu bahaya trafik di Dhaka sudah lama dibangkitkan.

“Kami tidak akan pulang ke rumah sehingga keadilan dapat dicapai. Kami juga mahukan keselamatan nyawa kami di jalan raya terjamin.

“Bagaimana kami boleh bertenang jika rakan kami  terbunuh akibat kecuaian pemandu,” katanya kepada AFP. – AFP

Artikel sebelum iniAxiata catat untung bersih
Artikel seterusnyaPutin lawat India 6 Disember
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -