Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Bantahan selubungi keraian tahun baharu Sri Lanka

    COLOMBO, 14 APRIL – Rakyat Sri Lanka berkongsi susu beras dan kek minyak bagi meraikan tahun

    baharu tradisionalnya hari ini, berdepan dengan pejabat Presiden Gotabaya Rajapaksa, di mana mereka berkhemah selama enam hari bagi menuntut peletakan jawatannya kerana krisis ekonomi terburuk pernah dihadapi.

    Askar-askar hari ini bagaimanapun tidak diaktifkan di negara pulau itu dan sami Buddha membaca mantera keagamaan manakala yang lainnya menyalakan bunga api di tengah-tengah laungan ‘Kemenangan bagi perjuangan rakyat.’

    Para pembantah menguasai pintu masuk dan sekitar pejabat Rajapaksa, menuntutnya bertanggungjawab bagi situasi ekonomi negara itu.

    Mereka juga menyeru keluarganya yang berkuasa untuk berundur daripada tampuk kepimpinan, menuduh mereka korup dan salah tadbir. – AP

    Seorang penganut Hindu Sri Lanka berdoa ketika meraikan tahun baharu Sri Lanka di Colombo, Sri Lanka. Keraian sambutan itu disertakan dengan bantahan ke atas pemimpin negara itu yang dianggap korup dan salah tadbir sehingga membawa kepada kemerosotan dan kesukaran hidup kepada rakyatnya. –AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...