Bantahan undang-undang ekstradisi China

HONG KONG, 9 JUN – Pembantah membanjiri Hong Kong hari ini tatkala kemarahan memuncak berhubung rancangan untuk membenarkan ekstradisi ke China, satu cadangan yang telah mencetuskan reaksi hebat awam ke atas pemimpin pro-Beijing dalam beberapa tahun ini.

Berpuluh ribu orang berarak dalam cuaca panas terik di jalan raya sesak pusat kewangan pulau utama dalam tunjuk perasaan menggesa kerajaan supaya membatalkan undang-undang ekstradisi yang dikemukakan.

Pemimpin pro-Beijing sedang mendesak rang undang-undang diluluskan dalam badan perundangan yang akan membenarkan ekstradisi terhadap mana-mana kuasa yang tidak mempunyai perjanjian, termasuk China untuk kali pertamanya.

Pemilik kedai Marco Ng akan menutup kedainya untuk menyertai rapat itu.”Urusan bandar kami adalah lebih penting daripada perniagan kami,” beritahu pemuda berusia 26 tahun itu kepada AFP. “Jika kami tidak bersuara, maka tidak adanya cara kerajaan akan mendengar kepada masalah kami.”

“Pendapat rakyat tidak dihiraukan,” tambah pelajar berusia 18 tahun Ivan Wong. “Rang undang-undang ini bukan sahaja akan menjejas reputasi Hong Kong sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa tetapi juga sistem kehakiman kami. Ia mempunyai kesan ke atas masa depan saya.”

Undang-undang yang dicadangkan telah mencetuskan bantahan terbesar sejak tunjuk perasaan pro-demokrasi 2014 yang melumpuhkan sebahagian bandar selama dua bulan. – AFP

Pembantah berarak di jalan raya ketika mereka mengambil bahagian dalam rapat menentang pindaan yang dicadangkan untuk undang-undang ekstradisi di Hong Kong kelmarin. – AP