Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Banteras penularan virus menerusi zikir

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Vaksin ketuhanan merupakan salah satu langkah yang ampuh bagi Negara Brunei Darussalam dalam membanteras penularan COVID-19 selain mengikuti garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan.

    “Selaku rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kita sangat beruntung dan bersyukur mempunyai pemimpin yang sentiasa menasihatkan rakyatnya untuk terus berhati-hati dalam menangani penularan COVID-19.

    “Baginda sentiasa mengingatkan kita supaya membiasakan lidah dengan zikir, membaca Al-Quran dan berdoa sebagai perisai daripada dijangkiti dan mengubat wabak itu,” jelas Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Besar semasa menyampaikan ceramah Jerayawara Vaksin Ketuhanan dan Tawakal anjuran KUPU SB dan Jabatan Hal Ehwal Masjid di Masjid Kampung Sungai Besar, hari ini.

    Menurutnya, pendekatan Negara Brunei Darussalam menggunakan Vaksin Ketuhanan dalam mengekang penularan COVID-19 dengan melazimkan membaca Surah Yasin selain surah-surah yang lain sangat bermanfaat kerana Surah Yasin fadilatnya sangat banyak untuk keselamatan dunia dan akhirat dan dengan keberkatannya, virus COVID-19 akan menjauhi kita dan negara.

    Dr Haji Adanan turut menjelaskan jenis-jenis nama wabak penyakit yang sudah lama wujud sejak beberapa abad lalu dan meragut lebih jutaan nyawa di seluruh dunia.

    Menurutnya lagi, amalan dan sunnah seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi landasan terbaik dan perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

    Program ceramah berkenaan turut dihadiri oleh Penasihat Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, AJK Takmir dan para jemaah daripada penduduk Kampung Sungai Besar.

    Dr Haji Adanan semasa menyampaikan ceramah Jerayawara Vaksin Ketuhanan dan Tawakal di Masjid Kampung Sungai Besar.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...