Bantu bekas pembantu peribadi

Kisah mengenai pembantu rumah Allahyarham Nike Ardilla iaitu Umar mendapat perhatian masyarakat apabila dikatakan hidup melarat.

Umar yang ditemui oleh kelab peminat Nike kini berada di kampung halamannya di Tasikmalaya dan bekerja mengutip sampah untuk menyara kehidupan.

Kehidupan Umar mendapat perhatian penyanyi dan komposer Melly Goeslaw yang pernah menggunakan khidmatnya suatu ketika dahulu.

Melly berkata, dia mengajak Umar untuk tinggal bersamanya di Jakarta, namun lelaki itu menolak dan mahu tinggal di kampung halamannya.

Melly kemudiannya bertemu lelaki itu secara peribadi semasa kemunculannya di konsert Ada Apa dengan Cinta di The Pallas, Jakarta baru-baru ini.

Suasana bertukar sayu dan sedih ketika pertemuan berlangsung hinggakan kelihatan Umar beberapa kali pengsan.

Melly juga meluahkan rasa yang terpendam di hatinya untuk menanggung keperluan lelaki itu.

Malah penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta ini turut menawarkan lelaki itu tinggal bersamanya namun dia memilih untuk terus tinggal di kampungnya di Tasikmalaya. – Agensi

Melly berkata, dia mengajak Umar untuk tinggal bersamanya di Jakarta, namun lelaki itu menolak dan mahu tinggal di kampung halamannya. – Agensi