Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Bantu belia siap siaga hadapi cabaran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Dalam usaha merealisasikan visi membudayakan masyarakat bermaklumat, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong buat julung kalinya mengadakan Program Literasi Penerangan bagi belia Daerah Tutong baru-baru ini, di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, Berakas.

    Seramai 27 belia dari Pengerak Belia Daerah Tutong IMPAK dan belia-belia masjid di bawah Mukim Pekan Tutong telah menyertai program tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

    Antara objektif program ini ialah untuk memupuk rasa tanggungjawab ke arah memastikan wawasan 2035 tercapai, meningkatkan kesedaran tentang pentingnya peranan belia dalam pembangunan negara dan memupuk kerjasama dan perhubungan erat di antara para belia selain memberikan pendedahan kepada belia tentang dasar belia 2020-2035.

    Menurut Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan selaku Pengerusi Program, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini, dalam memastikan program mencapai objektif yang dihasratkan, para peserta didedahkan beberapa siri taklimat dan lawatan pada hari pertama seperti Dasar Belia Negara dan Strategi (DBNS) 2020–2035 dari Jabatan Belia dan Sukan (JBS), usaha yang sedang dan giat dilaksanakan oleh kerajaan melalui Manpower Planning and Employment Council (MPEC).

    Manakala pada hari kedua pula, para peserta diberikan taklimat Kesukarelawanan dari JBS dan memahami konsep inclusivity melalui taklimat dan aktiviti bersama dengan Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) Kebangsaan; serta taklimat mengenai Jenayah Siber yang disampaikan oleh pihak Sekuriti Siber Brunei (CSB).

    “Di penghujung program, ia diharap akan memberi pulangan yang positif di mana selain menerima ilmu, maklumat dan kemahiran baharu, para belia juga lebih siap siaga menghadapi cabaran dan menyahut gagasan untuk menjadi belia berwawasan, mempunyai nilai-nilai luhur serta membawa negara kepada kemajuan yang seimbang di dunia dan akhirat.

    Dayang Sastra Sarini ketika menyampaikan taklimat pada acara berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...