Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu bersihkan rumah mangsa banjir

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Selaras dengan dasar penubuhannya, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah melaksanakan aktiviti kebajikan dengan membersihkan tiga buah rumah termasuk milik ibu-ibu tunggal yang terjejas dalam bencana banjir di Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong.

    Turut hadir menyertai aktiviti kemasyarakatan berkenaan, kelmarin, ialah pegawai dan kakitangan Yayasan.

    Projek bantuan kemasyarakatan itu dilaksanakan dengan kerjasama Balai Bomba Lamunin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, para sukarelawan Yayasan dan Sukarelawan Daerah Tutong.

    Bantuan Yayasan di bawah Bantuan Kecemasan dan Kemasyarakatan (PBKK) itu dilaksanakan bagi membantu meringankan beban mangsa bencana alam seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.

    Para sukarelawan yang terlibat membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Daerah Tutong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda