Bantu cari Nur Arisya Maisarah

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 13 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah dan dipercayai melarikan diri.

Menurut kenyataan itu lagi, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk membantu mencari seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun, Nur Arisya Maisarah binti Sazali (gambar bawah) dengan nombor kad pengenalan, 01-152196 (kuning) yang keluar dari rumah dan dipercayai melarikan diri.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334 atau talian kecemasan polis, 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.