Bantu cari pekerja lari daripada majikan

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh PDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong mengenai seorang pekerja wanita warganegara Indonesia iaitu Nurhidayati Rachman Yatim dengan nombor pasport, B4001226 yang dilaporkan lari daripada majikan.

Sementara itu, satu laporan lagi dibuat di Balai Polis Sungai Liang mengenai seorang pekerja wanita warganegara Indonesia iaitu Megawati yang berusia 37 tahun dengan nombor kad pengenalan, 51-458787 (hijau) yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua orang wanita berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong, melalui talian 2661334 dan Balai Polis Sungai Liang, melalui talian 3230250 atau talian kecemasan polis, 993, mana-mana balai polis yang berdekatan, laman sesawang, www.police.gov.bn atau Instagram @upa.ppdb.

Megawati
Nurhidayati Rachman Yatim